TAHNIAH YANG SETINGGI-TINGGINYA BUAT SRIKANDI DARSA SABAH DI AS SALIHIN N9, NUR HUURIN SOLIHAH BT MOHD TARMIMI, YANG TELAH TERPILIH OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJADI INSAN HEBAT, BERJAYA MENGHAFAZ KALAMULLAH YANG SUCI! SAAT MENDENGAR DAN MELIHAT KEJAYAAN INI, PERASAAN GEMBIRA DAN SEBAK MEMBANJIRI DADA. BAYANGKAN, MAMPU MEMBACA SELURUH AL-QURAN MELALUI HAFAZAN—MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA SEMPURNA.
JUTAAN TAHNIAH JUGA BUAT IBU BAPA NUR HUURIN YANG PASTINYA MENJADI TULANG BELAKANG KEJAYAAN INI. DENGAN SEMANGAT JUANG YANG LUAR BIASA, SRIKANDI KITA SANGGUP MENINGGALKAN KELUARGANYA JAUH DI BUMI SABAH DEMI PERJUANGAN MULIA INI. PASTI, ASBAB DIDIKAN DAN TARBIYAH HEBAT DARIPADA IBU DAN AYAH TURUT MENJADI TUNJANG KEKUATANNYA.
BAGI SEORANG SRIKANDI, MENCAPAI SYAHADAH ADALAH SEBUAH PENCAPAIAN YANG SANGAT ISTIMEWA DAN LUAR BIASA. JIKA PELAJAR LELAKI MUNGKIN SUDAH BIASA KITA DENGAR, NAMUN APABILA BANAT BERJAYA MERAIH SYAHADAH, MASYAALLAH, ITU BENAR-BENAR SUATU KEJAYAAN YANG LUAR BIASA! DENGAN SEGALA CABARAN, TERMASUK UZUR SYARIE, HANYA MEREKA YANG BENAR-BENAR BERSEMANGAT DAN TEGUH HATI MAMPU MENCAPAI TAHAP INI. NAMUN, INILAH YANG KAMI SEMATKAN DALAM JIWA SETIAP ANAK DARSA SABAH —JANGAN PERNAH MENYERAH SEBELUM KEJAYAAN SYAHADAH DIRAIH.
KISAH-KISAH KEJAYAAN SEPERTI INI MENJADI API YANG MENYEMARAKKAN SEMANGAT DAN JIWA DALAM PERJUANGAN INI. KEPADA SRIKANDI NUR HUURIN, TERUSKAN LANGKAHMU MENYEBARKAN KALAMULLAH. SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT, DAN JANGAN SEKALI-KALI BERUNDUR DALAM MEDAN ILMU YANG PENUH BARAKAH INI.
BUAT PARA DERMAWAN YANG BUDIMAN, INILAH HADIAH YANG KALIAN BANTU CIPTAKAN. INSYAALLAH, SAHAM AKHIRAT YANG KALIAN LABURKAN DALAM PERJALANAN ANAK INI MENUJU GELARAN HAFIZAH PASTI AKAN MENJADI ASET YANG BERNILAI DI SISI ALLAH SWT.
AKHIRNYA, MOHON DOA KALIAN AGAR KAMI TERUS ISTIQAMAH MEMIKUL AMANAH BESAR INI. SEMOGA SETIAP ANAK DARSA SABAH MENJADI INSAN BERTAQWA, BERMANFAAT KEPADA UMMAH, DAN MENJADI PERMATA YANG MENYINARI MASA DEPAN.